'
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 27, 2013

PAVLOVA

PAVLOVA

Assalamualaikum......

Selamat petang... sudah lama tak mengupdate blog ni... Ira tak nak bercerita panjang.. Hari ni jom kita tengok resipi Pavlova... mungkin dah ramai yang sudah pandai membuat pavlova ni...
va..va..va.. Pavlova ni memang sangat manis.. tapi bila diletakkan buah-buahan ianya sungguh sedap...




Jom kita tengok resipinya..

PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ira letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Mula-mula kita sediakan loyang dahulu..
Alas loyang itu dengan baking paper.
Lorek atas baking paper dengan bentuk bulatan.
Terbalik kan kertas baking paper itu.
Panaskan oven dengan api bawah pada suhu 170 C apabila nak masukkan pavlova suhu hendaklah dirutunkan kepada 130-100C.

Asingkan putih telur dan telur kuning.
kita hanya gunakan putih telur sahaja.
Pukul putih telur dengan kelajuan yang maksima sehingga putih telur itu gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental sehingga bila kita terbalikkan bekas tu putih telur itu tak jatuh.
Masukkan esen vanila dan cuka ke dalam bekas putih telur
Dan masukkan tepung jagung
Kacau rata hingga semua bahan larut




Yang ini mini Pavlova




kemudian letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 130-100C selama 1 jam atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
abanila pavlova dah maska biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit..sehingga pavlova sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Whiping Cream
Strawberry didadu atau dibelah 2
Kiwi - hiris nipis-nipis
Buah peach

Pukul Whiping Cream sehingga kental
Paipkan whipping cream atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

siapppp.....
Selamat mencuba....







Tuesday, October 23, 2012

PERTEMUAN SETELAH 17 TAHUN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk bertemu kawan-kawan lama.Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini.. Kesibukan masa menyebabkan saya ketiadaan masa untuk mengupdate blog ini.

Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2012 yang lalu saya dah berjaya berjumpa dengan sahabat yang telah sekian lama tak jumpa.17 tahun.. satu masa yang agak lama.. Namun dengan kecanggihan teknologi dan dengan Izinnya saya dan sahabat saya Noorazura Bt Zubir dapat bertemu kembali.


Saya percaya bila jumpa kawan lama, seronok kita berganda-ganda. Zura datang bertandang rumah saya kebetulan hari tu dia nak balik kampungnya. Betapa gembiranya saya ketika itu. hmmm... bila bertemu banyak soalan yang yang nak ditanya, bermacam-macam soalan.. tak sempat lagi nak jawab soalan dah datang soalan lain.. tapi best kannn zura.. Memang riuh macam pasar borong... anak2 pun sama.. alahaiii seronoknya...mereka seolah-olah dah lama kenal.. 


Tengok la bila kita bertemu...


pastu semua pakai baju hijau

Seronok.... Walaupun tak lama tapi ianya cukup berharga bagi saya.. Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah atas kesempatan pertemuan yang Engkau berikan. Semoga pertemuan kami diberkati dan diredhai hendaknya.. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi kan...










 

Monday, February 27, 2012

KOLEKSI GUBAHAN HANTARAN - PURPLE

GUBAHAN HANTARAN NAJWA AMRAN

Kali ini gubahan hantaran bertemakan warna purple...

" SELAMAT BERTUNANG CIK WAWA "



Kotak Kek

Kotak Kek



Bekas Bunga Rampai

Gubahan Tuala







Gubahan Baju Melayu

KOLEKSI GUBAHAN HANTARAN

MAJLIS PERTUNANGAN ZANNIEY 07.11.2011


" Selamat Bertunang untuk Kasmarini Kassim & Mohd Azizan Bin Jusoh " dan tak lama lagi pasangan ini akan disatukan... Semoga mereka akan kekal hingga ke hujung nyawa...

Gubahan Baju Melayu


Gubahan Baju Melayu





Gubahan Tuala




Bekas Cincin











Sunday, February 12, 2012

MACARONS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Teringin sangat nak buat macarons macam duk tengok-tengok dekat blog orang lain. Terutamanya blog masam manis kak ita. Terpesona tengok blog kak ita, semua gambar-gambar dalam blog kak ita cantik-cantik. Ira suka blog kak ita ini sebab kak ita buat macarons ini step by step.

Macarons ni manis.. Bagi orang yang tak suka manis, memang terasa kemanisannya.. Anak-anak ira suka la makan macarons ini. Tapi ira jarang-jarang buat macarons ini, risau juga.. yealaa budak2 diaorang memang suka manis2.. Ditambah pula dengan filling coklat tu.. emmm lagi la diorang suka.. Kak ita izinkan ira share resipi kak ita ni yea..

MACARONS
By: masam manis

Bahan-bahan:

  • 2 biji (80gm) telur putih size L
  • 60gm gula kastor
  • 80gm serbuk badam
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
Inti :-
  •   Filling Coklat
  Cara-caranya:-

  1. Ayak serbuk badam dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
 
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
SELAMAT MENCUBA.....







Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolok tandingannya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya..

"Sesungguhnya ALLAH dan Malaikat - Malaikat NYA berselawat kepada nabi.Wahai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya "

 
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lebaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlamu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




PERTEMUAN 3 SAHABAT

Pertemuan 3 sahabat yang menyeronokkan... Sejak 7tahun yang lalu masing2 membawa haluan dan bersama keluarga tersayang.. Emm bila dah jumpa kecoh kat KFC tu... ini baru 3org.. Lagi ramai lagi best.. tapi bila la boleh jumpa dengan mereka semua.... harap2 dapat berjumpa dengan semua sahabat masa sekolah dulu.. E-ja Hassan boleh la jumpa dia selalu sbb dia dgn aku sama2 menetap di kelantan.. Kawan2 yang lain tu susah la sikit nak jumpa.. Mass Mas pun boleh jumpa wlaupun dia sekarang menetap d pulau pinang..