'
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Falling In Love

PERJALANAN KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA

Hari ini saya nak kongsi perjalanan kehidupan berumahtangga. Sekarang kita banyak dengar tentang keruntuhan institusi perkahwinan. Tak kira sesiapa pun samada tua atau orang2 muda. Perjalanan kehidupan berumahtangga memang tidak selalunya manis. Banyak cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi. Semakin banyak usia perkahwinan semakin banyak cabaran dan dugaan yang bakal kita lalui. Sebagai seorang suami atau isteri kita perlu mengambil langkah yang terbaik untuk mempertahankan perkahwinan tersebut.

Setiap perkahwinan harus dilandasi dengan niat yang kuat iaitu berkahwin dan bernikah kerana ALLAH S.W.T, sehingga kita akan ikhlas menerima ketentuan dariNYA walau seburuk apapun. Tanamkan di dalam diri bahawa menikah adalah satu ibadah. Jangan berbohong hanya kerana untuk kita berkahwin dengan orang yang kita cintai. Jika sebelum kita berkahwin dan menikah kita sudah melihat banyak sifat dan kelakuan calon pasangan kita itu banyak yang bertentangan, jangan terlalu berharap masalah itu akan selesai apabila pernikahan itu berlaku kerana biasanya sesudah menikah sikap itu akan keluar semua.

Kita juga perlu berhati-hati terhadap orang yang begitu sempurna, yang memiliki sifat mengalah yang luar biasa kerana kemungkinan apabila sudah menjadi suami belangnya akan kelihatan dan kita akan terkejut menghadapi kenyataan ini. Kita haruslah berfikiran secara memberi dan menerima. Selama kita berpegang kepada prinsip manikah kerana ALLAH maka kita tidak akan menghitung untung dan rugi, bahkan saat rumahtangga digoncang akan lebih tabah dan yakin ALLAH S.W.T punya perancangan yang baik buat kita sehingga kita mampu mengambil hikmah dari setiap peristiwa.

Pernikahan dua insan berbeza latar belakangnya tidaklah mudah. Ia memerlukan sifat kejujuran, kedewasaan, keikhlasan dan komitmen untuk mampu menjalaninya. Jika kehidupan perkahwinan mulai suram, cuba melakukan refreshing berdua tanpa anak, cuba lakukan aktiviti romantis seperti yang pernah kita lakukan saat cinta masih menggebu dulu. Selalu camkan betul-betul dalam diri kita tanda-tanda yang membuat pasangan kita terpikat pada diri kita dulu.

Kita juga tidak boleh mengabaikan faktor-faktor biologi dalam perkahwinan, pada umumnya wanita lebih dewasa dibanding lelaki dalam usia yang sama.