'
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 23, 2012

PERTEMUAN SETELAH 17 TAHUN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk bertemu kawan-kawan lama.Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini.. Kesibukan masa menyebabkan saya ketiadaan masa untuk mengupdate blog ini.

Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2012 yang lalu saya dah berjaya berjumpa dengan sahabat yang telah sekian lama tak jumpa.17 tahun.. satu masa yang agak lama.. Namun dengan kecanggihan teknologi dan dengan Izinnya saya dan sahabat saya Noorazura Bt Zubir dapat bertemu kembali.


Saya percaya bila jumpa kawan lama, seronok kita berganda-ganda. Zura datang bertandang rumah saya kebetulan hari tu dia nak balik kampungnya. Betapa gembiranya saya ketika itu. hmmm... bila bertemu banyak soalan yang yang nak ditanya, bermacam-macam soalan.. tak sempat lagi nak jawab soalan dah datang soalan lain.. tapi best kannn zura.. Memang riuh macam pasar borong... anak2 pun sama.. alahaiii seronoknya...mereka seolah-olah dah lama kenal.. 


Tengok la bila kita bertemu...


pastu semua pakai baju hijau

Seronok.... Walaupun tak lama tapi ianya cukup berharga bagi saya.. Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah atas kesempatan pertemuan yang Engkau berikan. Semoga pertemuan kami diberkati dan diredhai hendaknya.. InsyaAllah kalau ada kesempatan kita akan berjumpa lagi kan...