'
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 27, 2013

PAVLOVA

PAVLOVA

Assalamualaikum......

Selamat petang... sudah lama tak mengupdate blog ni... Ira tak nak bercerita panjang.. Hari ni jom kita tengok resipi Pavlova... mungkin dah ramai yang sudah pandai membuat pavlova ni...
va..va..va.. Pavlova ni memang sangat manis.. tapi bila diletakkan buah-buahan ianya sungguh sedap...




Jom kita tengok resipinya..

PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ira letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Mula-mula kita sediakan loyang dahulu..
Alas loyang itu dengan baking paper.
Lorek atas baking paper dengan bentuk bulatan.
Terbalik kan kertas baking paper itu.
Panaskan oven dengan api bawah pada suhu 170 C apabila nak masukkan pavlova suhu hendaklah dirutunkan kepada 130-100C.

Asingkan putih telur dan telur kuning.
kita hanya gunakan putih telur sahaja.
Pukul putih telur dengan kelajuan yang maksima sehingga putih telur itu gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental sehingga bila kita terbalikkan bekas tu putih telur itu tak jatuh.
Masukkan esen vanila dan cuka ke dalam bekas putih telur
Dan masukkan tepung jagung
Kacau rata hingga semua bahan larut




Yang ini mini Pavlova




kemudian letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 130-100C selama 1 jam atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
abanila pavlova dah maska biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit..sehingga pavlova sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Whiping Cream
Strawberry didadu atau dibelah 2
Kiwi - hiris nipis-nipis
Buah peach

Pukul Whiping Cream sehingga kental
Paipkan whipping cream atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

siapppp.....
Selamat mencuba....